Mengenal Kraf Tradisional

1. Kraf Tradisional – kerja-kerja berunsurkan seni yg melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masy. Yg diwarisi turun temurun.

2. Jenis kraf tradisional

a) alat domestik perlatan harian masyarakat tradisional – spt senduk (tempurung), kukur kelapa (besi, kayu), tenggala (kayu) Teknik – luakan, asemble,ukir.

b) alat permainan
– alat permainan yg dimainkan utk mengisi masa lapang selepas kerja menuai . Spt wau (proses-memilih buluh, meraut, membentuk rangka,
menampal kertas dan corak )
Gasing-Jenis ( lang laut, leper, uri, piring) , Bahagian (paksi, temin,turaplabu,bahu, leher, kepala dan patak) Proses ( memilih kayu,
membakal-kerat dan potong berbentuk kun, melarik, simpailingkaran logam pada bahu,labu dan patak)

c) Alat pertahanan diri –senjata- digunakan untuk memburu dan mempertahankan diri. Spt keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam,
lembing, sumpit dll.

d) Batik – sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Kaedah ( batik tulis, lukis, canting ). Proses ( kain dibasuh utk membuang kanji, dikeringkan dan diregangkan , motif
dan corak dilakarkan dgn pensil, bahan campuran lilin dipanaskan, melakar diatas fabrik dgn canting , bahan warna disapu pad motif)

e) Seni tekat – tekstil yg dihasilkan dgn cara menyulam benang ke tasa kain dasar jenis baldu. Proses ( Penciptaan, persiapan
pemidang, membentuk mempulur, menyulam)

f) Tembikar – barang kraf yg dihasilkan drp tanah liat, dibentuk dan dibakar. Alat yg digunakan (pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek dll )

g) Seni anyaman – satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah buluh, rotan, lidi, bertam , paku-pakis ribu ribu melalui teknik selang-seli. Proses daun ( melayur , menjangka daun- sisir/belah, melurut, merendam, pewarnaan- kuning (kunyit)
jingg/ merah (buah kesumber india) biru tua (daun mengkudu) ,hitam (buah pokok arang), hijau (daun bemban), mencelup warna.

Proses anyaman ( lagang-bilah daun dibentuk V, mengayam,
pepeh- anyaman mati tepi tikar, sisip- guna buluh elak terburai,kerat lebihan bilah anyaman)
Kelarai – corak atau motif berbentuk dam. Yg tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas.

h) Senu ukiran kayu – kraf tangan utk menghiasi rumah, Fungsi (hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, tebar layar dll ) Teknik mengukir ( bunga timbul , papan tebuk )